Khamis, 21 November 2013

Allah kekasih Abadi

Bila kasih pergi kita mencari,
Baru sedar ia penting dihati,
Sudah terlambat nasib diri,
Merayu kata tak dipercayai.


Kesal, kecewa usah dikata,
Hanya Allah sahaja dapat rasa,
Nasib diri Allah ada,
Tempat mengadu segala-gala nya.


Bertaubat sahaja penawarnya,
Hilangkan semua luka dan duka,
Tanpa Allah musnah semua,
Hidup kini dan juga selamanya.


Ingin mencari keindahan Syurga,
Tak sanggup pula masuk ke Neraka,
Akan ku tetap setia pada Si Dia,
Memberi rasa Syurga Cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan