Khamis, 21 November 2013

Hidayah Yang Kutemu



Dulu ku leka,

Kini ku jaga,

Itulah sebuah cerita,

Kisahku berjumpa hidayah-Nya.




Bosan sendiri tanpa cinta,

Cuba membaca buku agama,

Terbuka hati melihat cerita,

Tentang seorang hamba mimpi akan Rasul-Nya.




Tersentuh hati menangis jiwa,

Ingin juga merasainya,

Tapi sedar diri bukan mulia,

Nekad hati ingin mencari hidayah-Nya.




Sejuk di hati merasai agama,

Islam itulah agama mulia,

Akan ku pegang erat di jiwa,

Agar iman tak goyang seperti yang lama.




Allah itulah Tuhanku,

Islam itulah Agamaku,

Muhammad itulah Rasulku,

Dan Al-Quran itulah Kitabku.




Inilah yang akan ku genggam demi Imanku,

Menjadikan Syurga rumah impianku,

Aku mohon pada-Mu,

Kekalkan lah pegangan ku.

Allah kekasih Abadi

Bila kasih pergi kita mencari,
Baru sedar ia penting dihati,
Sudah terlambat nasib diri,
Merayu kata tak dipercayai.


Kesal, kecewa usah dikata,
Hanya Allah sahaja dapat rasa,
Nasib diri Allah ada,
Tempat mengadu segala-gala nya.


Bertaubat sahaja penawarnya,
Hilangkan semua luka dan duka,
Tanpa Allah musnah semua,
Hidup kini dan juga selamanya.


Ingin mencari keindahan Syurga,
Tak sanggup pula masuk ke Neraka,
Akan ku tetap setia pada Si Dia,
Memberi rasa Syurga Cinta.

Rabu, 20 November 2013

Aku Hanya Mampu Pendam Semua

Kau senyum dan gembira,
Pasti akan terbitkan senyuman di wajahku,
Aku teringin mengenali mu dari dekat,
Tapi nasib tidak menyebelahi ku.

Jarak tempat kita tak berapa jauh,
Tapi jarak perkenalan kita sangat jauh,
Mahukah kau mengenali aku ?
Diri yang tidak sempurna ini ?

Hanya Allah sahaja yang tahu,
Aku hanya mampu merancang agar kita ditemu,
Tapi Allah menetapkan segalanya bagiku,
Cuma ku harap agar kau sudi menerima ku.

Jika kau baik untuk ku,
Baik untuk keluargaku,
Baik untuk agamaku,
Maka aku yakin kau akan tahu keputusan ku.

Tapi, aku tahu kau milik bidadari itu,
Yang manis lagi membahagiakan dirimu,
Menambah seribu perasa dalam kancah kehidupanmu,
Agar tidak kehilangan kamu.

Biar ku pendam rahsia hatiku,
Agar bidadari mu tidak kehilangan mu,
Terbitkan senyumanmu,
Agar ku tahu kau bahagia dengan bidadari mu,
Doa dariku akan ku kirim setiap waktu.